Thursday, June 20, 2013


PETUA MEMBUAT KEK LAPIS

Mentega tulen digunakan kerana memberi rasa yang lebih enak. Keluarkan dari peti peti sejuk 15 minit sebelum digunakan. Potong mentega menjadi kiub untuk memudahkan ia dipukul.

 •Kek Lapis bakar: gunakan ketuhar yang mempunyai fungsi grill (api atas & bawah). Ini kerana ia dimasak selapis demi selapis. Panaskan ketuhar 15 minit sebelum digunakan dan set pada suhu 150-160 darjah celsius. Kek Lapis Kukus: didihkan air dalam periuk kukus sebelum masukkan kek ke dalamnya.

 •Buah-buahan campuran hendaklah dibasuh & ditoskan utk membuang gula yang berlebihan. Kemudian potong kecil-kecil. Tetapi buah prun tidak perlu dibasuh.
 •Untuk Kek Lapis Betawi dan yang sejenis dengannya, sapu permukaannya dengan marjerin yang dicampur sedikit susu pekat manis pada setiap lapisan agar ia melekat dan lebih lembap.

 •Setiap lapisan kek yang telah masak hendaklah dipadatkan dengan alat penekan utk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap. Gelembung udara menyebabkan lapisan tidak sekata.

 •Terdapat dua kaedah membuat kek lapis bakar iaitu pertama dengan kaedah memukul putih telur & gula (meringue method) & kedua dengan kaedah memukul telur, tepung, gula & ovalette (foaming method)

 •Kek lapis kukus pula kebanyakannya menggunakan kaedah mengkrim mentega sama seperti membuat kek mentega biasa.

 •Kek lapis bakar perlu dimasak selapis demi selapis. Oleh itu, ia hanya perlukan masa 7-10 minit / lapis untuk masak. Bergantung kepada jenis ketuhar. Pastikan kek telah berwarna perang tua baru dikeluarkan dari ketuhar untuk melapis lapisan seterusnya. Jika lapisan kek cepat hangus, kurang suhunya.

 •Kek yang siap dibakar dan dikukus hendaklah dibiarkan sejuk dalam tin pembakar selama 30minit sebelum dikeluarkan. Kek lapis jenis ini tahan selama sebulan/lebih dalam peti sejuk. Ia hendaklah dibalut dengan kertas aluminium dan simpan dalam bekas bertutup rapat.

Sumber drpd : Variasi kek lapis Noraini Zakaria

Wednesday, June 19, 2013

Hari ni sambungan kursus bina blog anjuran MARA best sangat.....

Tuesday, June 18, 2013

Hai salam perkenalan, Jemputlah menjenguk ke blog kami, macam-macam ada......

Selamat Datang

Kek Coklat
RM5.00
Penghantaran RM6



Kek Lapis Pandan Masam Manis
Saiz 2.5" x 8.0" x 2.5" (500-600gm)
Harga : RM 22.00
Penghantaran : RM 7.00